Anak Remaja Lelaki Anda Bermasalah?
Anak lelaki tak dengar kata. Anak lelaki tak berdisiplin. Anak lelaki tak minat belajar.
Demikian antara keluhan ibu bapa yang membesarkan anak remaja lelaki akhir-akhir ini. Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa demi membentuk anak lelaki bermotivasi, tekun berusaha dan baik tingkah lakunya?
Di dalam buku ini, Jamilah Samian, ibu kepada lima anak lelaki dan seorang anak perempuan menggariskan usia remaja sebagai titik peralihan kritikal bagi anak lelaki. Berasaskan kajian terperinci dan temuramah dengan ramai ibu bapa, guru-guru, remaja lelaki dan pakar motivasi berpengalaman, Anak Lelaki Kool & Hebat padat dengan pelbagai tip dan langkah praktikal yang boleh diambil oleh ibu bapa agar anak remaja lelaki:
- Memilih untuk bersikap bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka
- Berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri
- Menjauhkan diri daripada gejala-gejala yang tidak diingini
- Bercita-cita tinggi dan bersemangat waja untuk berjaya dalam hidup
- Berusaha sehabis baik termasuk meningkatkan prestasi di sekolah.
Sebuah bahan rujukan yang ideal jika anak lelaki anda berumur antara 10 hingga 19 tahun.
(ulasan buku)
“Setelah membaca buku ini, barulah saya memahami beberapa perubahan ketara pada anak lelaki saya berusia 12 tahun. Lebih penting lagi, saya tahu bagaimana saya boleh menanganinya.” - Dayang Lily Abang Muas, www.UmmikuSayang.com
“Menarik dan penuh informasi” - Lydia Teh, penulis buku Honk! If You’re Malaysian
“Sebuah buku yang patut dimiliki oleh ibu bapa yang mahukan anak lelaki mereka menjadi manusia yang berjaya dan seimbang kehidupannya.” - Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia).
“Jamilah membincangkan isu-isu kepercayaan, sikap bertanggungjawab, komunikasi … malah tip mendidik anak yang suka memberontak … disyorkan untuk semua ibu bapa.” - ParenThots, The Star Online
“Gaya penulisannya mudah difahami” - Dr Nesamalar Chitravelu, Penulis & Pendidik
“Kisah-kisah di dalamnya menyentuh perasaan… Tepat dan padat.” - Kamarul Bahrein Sharif, bapa kepada empat anak lelaki


