Announcements

PARENTING TOOLBOX VERSI BM

toolbox
[Baca Parenting Toolbox English Version]

SKIP
PARENTING TOOLBOX

© COOL MUM SUPER DAD

VERSI BM

OBJEKTIF PROGRAM:

  • Menyediakan pendekatan bersepadu untuk membina keluarga Muslim berasaskan Al-Qur’an & Sunnah serta kajian saintifik terkini
  • Mewujudkan perhubungan mesra dan utuh seumur hidup dunia akhirat antara suami dan isteri
  • Memperkasa ibubapa dengan ilmu, skil dan sikap keibubapaan yang proaktif dan positif, sekaligus membantu mereka memenuhi amanah yang dikurniakan oleh Allah agar mendidik anak sebagai khalifah
  • Dapat mengenalpasti kesilapan biasa serta solusinya dan memperbetulkan diri sendiri
  • Merencana S.M.A.R.T. Plan untuk perubahan jangka panjang yang lebih bermakna

 

HARI PERTAMA (8 jam maksimum)

Mod 1: PERKAHWINAN KUKUH, IBUBAPA UTUH

Mod 2: TRANSFORMASI KONFLIK

Mod 3: IBU & AYAH : PERMATA DARIPADA AL-QUR’AN

Mod 4: ANAK ANUGERAH TERINDAH

 

HARI KEDUA (8 jam maksimum)

Mod 5: MENDIDIK GENERASI DIGITAL

Mod 6: MEMOTIVASI ANAK REMAJA

Mod 7: HUBUNGAN HARMONI ADIK-BERADIK

Mod 8: MELAKAR PERUBAHAN JANGKA PANJANG

 

Mod 1: PERKAHWINAN KUKUH, IBUBAPA UTUH

FAKTA-FAKTA UTAMA

  • Kualiti perhubungan suami-isteri besar pengaruhnya kepada kejayaan anda sebagai ibubapa
  • Anak-anak dalam perkahwinan yang bahagia lebih terjamin masa depannya, mendapat prestasi lebih cemerlang di sekolah dan cenderung kurang masalah disiplin
  • Pelajari lima fasa dalam perkahwinan dan bagaimana anda dan pasangan boleh menjadi ibubapa yang lebih baik dengan menggunakan strategi kebaikan

 

Mod 2: TRANSFORMASI KONFLIK

FAKTA-FAKTA UTAMA

  • Suami-isteri yang bijak menyelesaikan konflik lebih berjaya dalam perkahwinan
  • Bagaimana anda berselisih faham lebih penting berbanding apa yang digaduhkan
  • Kenalpasti respons anda terhadap konflik. Pelajari kaedah lebih efektif

 

Mod 3: IBU & AYAH DALAM AL-QUR’AN

FAKTA-FAKTA UTAMA

  • Apa kata Al-Qur’an tentang peranan ibu dan ayah
  • Pelbagai pengajaran tentang cabaran luaran dan dalaman dalam mendidik anak
  • Perbezaan di antara ibu dan ayah dan keistimewaan masing-masing


Mod 4: ANAK ANUGERAH TERINDAH

FAKTA-FAKTA UTAMA

  • Umur dan peringkat pembesaran anak-anak
  • Tumbesaran otak
  • Pembesaran anak lelaki & wanita
  • Pembawakan: Kenali anak anda
  • Anak istimewa


Mod 5: MENDIDIK GENERASI DIGITAL

FAKTA-FAKTA UTAMA

  • Insan yang lahir dalam generasi berlainan mempunyai perspektif berbeza disebabkan pengalaman unik yang mereka tempuhi.
  • Pelajari pelbagai perbezaan dan cabaran unik tersebut.
  • Ketahui bagaimana anda boleh perbaiki hubungan dengan anak dan menjadi sumber inspirasi untuknya meskipun perbezaan dan cabaran wujud.


Mod 6: CABARAN MENDIDIK REMAJA

FAKTA-FAKTA UTAMA

  • Tempoh perubahan fizikal dan emosional
  • Pentingnya perhubungan kukuh berdasarkan kepercayaan dengan remaja
  • Jadilah sumber inspirasi remaja anda supaya dia berusaha yang terbaik dari segi akhlaq dan pencapaian


Mod 7:
HUBUNGAN HARMONI ADIK-BERADIK

FAKTA-FAKTA UTAMA

  • Perhubungan adik-beradik menurut perspektif Al-Quran
  • Bagaimana pengalaman peribadi anda mewarnakan perhubungan anak-anak sesama mereka
  • Bagaimana sikap ibubapa membentuk dinamika perhubungan adik-beradik
  • Tips mengatasi permusuhan adik-beradik dan membina keharmonian adik-beradik


Mod 8: MELAKAR PERUBAHAN JANGKA PANJANG

FAKTA-FAKTA UTAMA

  • Faktor-faktor luaran & dalaman
  • Faktor-faktor kritikal kejayaan, cara menangani cabaran
  • Sistem sokongan
  • Legasi anda sebagai ibubapa

 

About Jamilah Samian

Jamilah has written 427 articles.

Jamilah Samian is the author of "COOL MUM SUPER DAD", "COOL BOYS SUPER SONS", "THE GROOVY GUIDE TO PARENTING GEN Y & Z" and "THE KINDNESS MIRACLE".

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top