Announcements

Pelancaran Buku ‘Ajaibnya Kebaikan’

books-484754_1920

Profesor Datin Noor Aziah Mohd Awal melancarkan buku ‘Ajaibnya Kebaikan‘.

 

Profesor Datin Noor Aziah Mohd Awal menyampaikan ucapan perasmian.

SPACE

Antara yang hadir sewaktu majlis pelancaran buku ‘Ajaibnya Kebaikan‘.

 

Buku  “Ajaibnya Kebaikan” iaitu sebuah buku baru bertema motivasi untuk meningkatkan kebahagiaan rumahtangga telah berjaya dilancarkan baru-baru ini sempena Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2015.

Butir-butir majlis adalah seperti berikut:

Judul Buku: Ajaibnya Kebaikan: Strategi 5 Langkah Untuk Menjayakan Perkahwinan Anda” 

Penulis: Jamilah Samian

Waktu Pelancaran: Selasa, 17hb Mac 2015, 4ptg – 4.45ptg

Lokasi: Dewan Mutiara Minda (Dewan B), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Buku “Ajaibnya Kebaikan” telah dilancarkan oleh Profesor Datin Noor Aziah Mohd Awal, Profesor Undang-Undang Keluarga, Wanita & Kanak-Kanak, merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ajaibnya Kebaikan” padat dengan tips motivasi membina cinta suami isteri bersandarkan kajian saintifik terkini, termasuk kaedah menangani konflik rumahtangga. Buku ini adalah terjemahan daripada buku asal, “The Kindness Miracle” karya Jamilah Samian, iaitu penulis buku “Cool Mum Super Dad” dan buku-buku keibubapaan yang lain.

Penerbit “Ajaibnya Kebaikan” iaitu Tuan Hj Ahmad Fakhri Hamzah berkata, “Statistik perceraian yang semakin membimbangkan khususnya di kalangan umat Islam, mendorong kami untuk mengusahakan bahan bacaan bercorak ilmiah yang boleh membantu pasangan suami isteri untuk membina hubungan yang lebih intim dan berkekalan.”

About Jamilah Samian

Jamilah has written 435 articles.

Jamilah Samian is the author of "COOL MUM SUPER DAD", "COOL BOYS SUPER SONS", "THE GROOVY GUIDE TO PARENTING GEN Y & Z" and "THE KINDNESS MIRACLE".

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top