Heart2Heart

700 Hari Kemurungan/Post Partum Depression?

700-depression-notext

Assalamua’laikum.

Saya mulakan cerita saya dengan beberapa fakta:

Saya menjadi ibu tunggal secara rasmi pada Januari 2015, dengan talak satu di mahkamah syari’ah Shah Alam.

Antara tahun 2014 – 2016, ada dua orang ahli keluarga saya telah cuba memasukkan saya ke dalam wad pesakit mental.

Pada Disember 2016, saya telah menikah semula dengan seorang lelaki lain.

Isu kesihatan mental, baik wanita mahupun lelaki rupanya telah menjadi isu hangat di Malaysia pada tahun 2017. Ironis nya untuk saya, pada tahun 2011 abang kandung saya telah digugurkan dari beberapa tuduhan berat di mahkamah atas hujah dia adalah ‘pesakit mental’.

Apa kaitan nya dengan saya sebagai adik kandungnya, malahan juga seorang isteri dan ibu?

Dengan mudah sekali saya dikaitkan dengan ‘kecenderungan untuk ada masalah mental’ kerana abang kandung tersebut.

Seorang kenalan baru saya yang bekerja sebagai penulis dan sukarelawan pernah memberi pendapatnya mengenai saya; “Lagaknya seperti anda ada tanda tanda PPD (Post Partum Depression atau Kemurungan Selepas Bersalin)”. Aneh sekali, sewaktu pendapatnya disampaikan pada saya, ketika itu anak saya sudahpun berumur empat tahun. Dan disaat cerita ini disampaikan pula pada anda, anak saya kini berumur tujuh tahun.

Kesimpulan disaat cerita ini ditulis: Segala puji bagi Allah yang masih membenarkan aku hidup sehingga hari ini, agar masih berbaki masa untuk bertaubat dan berbuat amalan soleh.
– H.

Kongsikan luahan perasaan anda di sini -> Heart2Heart

About Heart2Heart Contributor

Heart2Heart Contributor has written 2 articles.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top