Heart2Heart

Susu Badan: Hajat Hati Tidak Tercapai

susuibu

Saya ibu kepada dua orang anak kecil. Anak pertama berusia 3 tahun. Anak kedua 11 bulan. Saya ibu bekerja, kerja syif, sukar nak seimbangkan antara kerjaya dan keluarga. Yang paling sedih sampai sekarang, sebab saya disahkan mengidap suatu penyakit tertentu semasa mengandungkan anak kedua.

Doktor prescribe ubat yang wajib saya ambil sehingga sekarang, tapi melarang saya menyusukan anak kedua. Ikut cakap doktor, jika saya susukan anak kedua, boleh mengakibatkan kesan sampingan atas bayi. Anak sulung tak ada masalah, menyusu penuh sehingga dua tahun, meskipun saya bekerja. Saya perah dan simpan dalam peti sejuk waktu bekerja dan susu sendiri bila di rumah. Tapi untuk anak kedua, tiada pilihan, terpaksa susu tin / formula.

Bila dengar tentang ibu-ibu yang dapat menyusu terus anak mereka, saya rasa seolah-olah saya tidak sempurna sebagai ibu disebabkan keadaan saya, ianya buat saya pilu dan hiba. Adakah ini benar? Salah kah saya sebab mematuhi apa yang doktor mahu saya buat?

– Marina –

Kongsikan luahan perasaan anda di sini -> Heart2Heart

About Heart2Heart Contributor

Heart2Heart Contributor has written 2 articles.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top