Buku-buku Bahasa Malaysia

Ibu Kool Bapa Hebat

front IBKH

Title: Ibu Kool Bapa Hebat

Author: Jamilah Samian

Nombor ISBN: 978-983-3364-30-5

Bagi kebanyakan ibu bapa, sebaik saja anak mereka dilahirkan, satu soalan tercetus: Apakah yang harus dilakukan seterusnya? Sejak sekian lama, menjaga anak membawa erti tersendiri mengikut pengalaman seseorang. Bak Pepatah Melayu, banyak udang, banyak garam, banyak orang, banyak ragam. Bagi sesetengah ibu bapa, menjaga anak memang menyeronokkan sejak hari pertama anak dilahirkan. Namun, untuk yang lain pula, ia dianggap mencabar, penuh suka dan duka, adakalanya menyulitkan, malah cukup menguji ketabahan mereka. Buku ini ditujukan khusus untuk golongan kedua ini.

Ketahuilah:

  • Rahsia untuk menjadi ibu kool bapa hebat
  • Mengapa perkara yang kecil besar pengaruhnya di dalam penjagaan anak
  • Bagaimana latar belakang anda mempengaruhi cara anda membesarkan anak
  • Mengapa hubungan mesra dengan anak anda penting demi kesejahteraan diri anda
  • Bagaimana anak perempuan berbeza daripada anak lelaki
  • Cara menangani isu remaja

 [button link=”http://store.myriadventures.biz/component/virtuemart/?page=shop.product_details&flypage=flypage.tpl&product_id=1227&category_id=172″ color=”#0060eb” size=”3″ style=”1″ dark=”0″ radius=”auto” target=”_blank”]Beli buku ini[/button]

About Admin

Ahmad has written 13 articles.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top