Mutiara Kata Hari Ini

Kempen “Jatuh Cinta Di Usia Muda, Salahkah Saya?”

Mutiara Kata

 


~ Jamilah Samian ~

InsyaaAllah saya dan Ahmad Fakhri akan ke Kuching, Sarawak untuk menjayakan kempen “Jatuh Cinta Di Usia Muda, Salahkah Saya?” pada 5hb Oktober 2013 ini. Grup sasarnya remaja 11 tahun ke atas. Menurut sumber Kementerian Kesihatan, angka anak luar nikah mendadak naik, mendesak mereka berbuat sesuatu. Saya percaya, remaja yang berwawasan dan selesa untuk mengadu hal apa sahaja dengan ibu bapa, InsyaaAllah tidak akan terjebak dalam kancah maksiat seperti ini. Tips untuk ibu bapa dalam menangani situasi ini:

S.A.F.E.

S – “Stay Connected” dengan remaja anda, pastikan anda adalah “pakar rujuk”nya yang disegani. Pupuk hubungan dengan remaja berasaskan kepercayaan, disiplin dan wawasan diri
A – “Adult Supervision”. Jangan biarkan remaja terlalu bebas
F – “Firmness Now”. Remaja hormat dan sayang pada ibu bapa yang tegas bertempat
E – “Engage Early”. Tangani soalan berkaitan seks tak kira umur anak anda. Meskipun anda tak pernah menyebut perkataan ini di rumah, besar kemungkinan anak-anak anda sudahpun mendengarnya di sekolah dan di tempat lain. Be prepared, sesuai dengan tahap umur dan perkembangan anak anda.

Paling penting, berdoalah setiap hari supaya Allah jauhi keturunan kita daripada tergelincir dalam perbuatan terkutuk ini. Bukan di waktu solat sahaja, tetapi juga di waktu kita menyediakan makanan, memeluk anak, nak tidur, sebelum anak keluar rumah, di waktu kita mencari rezeki dan sebagainya. Dalam apa jua keadaan, doa adalah perisai seorang mukmin.

Wallahua’lam.

About Jamilah Samian

Jamilah has written 472 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top