Mutiara Kata Hari Ini

Anak Anugerah Terindah

brothers-457234_1920

Amanah sebagai ibu bapa belum selesai hanya dengan kita menyediakan makan minum, pakaian dan keperluan sekolah anak-anak. Tugas kita menghidupkan aspek intelektual, emosional, rasional di setiap peluang yang terbuka.

Sejak kecil, tanam sifat suka mencuba dan bercita-cita tinggi dalam jiwa anak anda. Paling penting, si anak menyedari betapa istimewa dirinya sebagai insan ciptaan Ilahi yang berpotensi, suka merendah diri, tidak suka mendabik dada dengan apa juga kelebihan yang ada. Malah, merasa terpanggil untuk berbuat sesuatu demi kebaikan insan sejagat. Jika inilah anak anda, Alhamdulillah. 

 

About Jamilah Samian

Jamilah has written 425 articles.

Jamilah Samian is the author of "COOL MUM SUPER DAD", "COOL BOYS SUPER SONS", "THE GROOVY GUIDE TO PARENTING GEN Y & Z" and "THE KINDNESS MIRACLE".

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top