Mutiara Kata Hari Ini

Mutiara Kata [39]

Mutiara Kata

Adakalanya, hidup lebih bererti bila anda BERANI MENCUBA sesuatu yang baru bersama keluarga anda!

Hujung minggu waktu sesuai untuk anda menyediakan sajian yang memerlukan bahan-bahan yang anda tidak pernah gunakan. Resipi kek lobak merah & walnut di bawah ini mudah dan boleh dicuba meskipun anda tidak pernah ke dapur. Anak-anak seronok memarut lobak merah & memotong walnut, mencampur kesemua bahan dan akhirnya memasukkan ke dalam ketuhar. Selamat mencuba!

KEK LOBAK MERAH & WALNUT

Bahan-bahannya:

338g lobak merah, diparut halus

½ cawan gula perang

½ cawan gula halus

1 cawan minyak sayuran

3 biji telur

2 cawan tepung naik sendiri

1 sudu kecil garam

2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

½ sudu kecil serbuk buah pala

½ cawan walnut, dipotong kecil

 

Cara Membuatnya:

  1. Campur gula perang, gula halus dan minyak. Pukul hingga sebati.
  2. Campur telur, sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
  3. Campur tepung dan kesemua bahan lain, kecuali lobak merah dan walnut. Pukul lagi.
  4. Gunakan senduk untuk memasukkan lobak merah dan walnut. Gaul hingga sebati.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius sehingga masak.

P/S. Tidak perlu gunakan walnut jika anda tidak suka.

 

 

 

About Jamilah Samian

Jamilah has written 472 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top