Mutiara Kata Hari Ini

Mutiara Kata [44]

Mutiara Kata
BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA
==========================
1. Kuat berdoa, kurang berusaha
2. Kuat berusaha, kurang berdoa
3. Sepatutnya kuat berdoa, kuat berusaha
4. Cepat putus asa
5. Kurang memahami perkembangan psikologi anak-anak
6. Tidak menyedari masalah disiplin adakalanya bersifat “pseudo disiplin”
AMALAN-AMALAN supaya Allah beri kesabaran menangani anak bermasalah dan membuka pintu hati supaya ikhlas serta tidak membangga diri jika anak cemerlang:
1. Menjaga hubungan dengan AlKhaliq sekaligus memelihara sunnah Nabi SAW iaitu:
– sering beristighfar supaya doa anda dimakbulkan
– tahajjud
– puasa Isnin Khamis
– bersedekah
– memuliakan dan menjaga hati ibu bapa sendiri serta mendoakan mereka
 2. Menjaga hubungan dengan makhlukNYA iaitu:
– bersangka baik sesama insan terutama ahli keluarga dan jiran tetangga
– tidak memandang rendah kepada orang lain yang akhlaq atau cara hidupnya jelik pada pandangan anda, atau anaknya bermasalah.

About Jamilah Samian

Jamilah has written 469 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top