Mutiara Kata Hari Ini

Mutiara Kata Hari Ini [24]

Photo by Manuel Leon Moreno on Flickr

Photo by Manuel Leon Moreno on Flickr

 

Seorang wanita muda menziarahi ibu saudaranya yang telah berusia. Agak lama mereka bersembang. Ibu saudaranya menyediakan teh panas dan biskut di beranda rumah usang tersebut. Selesai menjamu selera, ibu saudaranya mengambil kain buruk untuk membuang serbuk biskut yang bertaburan di sana sini. Sejurus kemudian, tiba sebuah trak pengangkut sampah di hadapan rumah itu. Keluarlah pemandunya, seorang lelaki tua, iaitu suami ibu saudara wanita muda tersebut. Lelaki tua itu memijak lantai beranda dengan but yang kotor berlumpur. Wanita muda itu terkejut. ”Alamak,” katanya, ”baru saja Mak Cik lap lantai tadi. Dah kotor semula!” Ibu saudaranya tersenyum. ”Betul. Lantai beranda yang kotor ini juga bermakna suami ku sudah selamat sampai di rumah.”

About Jamilah Samian

Jamilah has written 442 articles.

Jamilah Samian is the author of "COOL MUM SUPER DAD", "COOL BOYS SUPER SONS", "THE GROOVY GUIDE TO PARENTING GEN Y & Z" and "THE KINDNESS MIRACLE".

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top