Mutiara Kata Hari Ini

Mutiara Kata Hari Ini [31]

Photo by Manuel Leon Moreno on Flickr

Photo by Manuel Leon Moreno on Flickr

 

Sajian yang enak merapatkan silatulrahim seisi keluarga. Keluarga yang meluangkan masa makan bersama sekurang-kurangnya sekali sehari terbukti lebih bahagia dan berjaya. Beranilah mencuba pelbagai resipi baru bersama keluarga anda! Arwah ibu mertua saya pernah berpesan, “Jika sajian yang dimasak tidak seperti yang dimahukan, tak mengapa. Berikan saja ia nama baru. Begitulah resipi baru dicipta.”

Di bawah ini resipi “Kek Coklat Kurma & Walnut” yang saya cuba baru-baru ini. Biarkan anak-anak anda seronok memotong kurma dan walnut, memecah telur, dan menimbang, serta mencampur semua bahan-bahannya.

 

Kek Coklat Kurma & Walnut

————————————–

 

Bahan-bahan:

 

175g kurma dibuang biji dan dipotong kecil

250 ml air panas

1 ½ sudu besar serbuk koko

½ sudu kecil garam

225g mentega

200g gula halus

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

200g tepung naik sendiri

125g walnut, dipotong kecil

125g coklat masakan atau coklat cip

 

Cara Membuatnya:

 

Rendam kurma dalam air panas hingga lembut (kira-kira 15 minit).  Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, esen vanilla, serbuk koko dan garam. Campur hingga sebati. Tambah tepung, diikuti separuh daripada walnut dan coklat. Tuang ke dalam acuan. Tabur baki coklat dan walnut di atasnya. Bakar pada suhu 180°C selama 40-45 minit. Selamat menjamu selera!

About Jamilah Samian

Jamilah has written 469 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top