Perkahwinan

Seminar Mahligai Kasih

[Untuk versi Bahasa Inggeris, sila lihat Marriage Toolbox Workshop .

SKIP

Seminar Mahligai Kasih : Cinta Bersemi Kasih Abadi

© Cool Mum Super Dad

 

Transformasi Pasangan Bahagia dan Berjaya

Seminar ini sudah berjaya diadakan di beberapa lokasi termasuk Kelantan dan Terengganu. Ia  boleh dijayakan di tempat anda dengan kerjasama sebarang syarikat swasta, badan kerajaan atau pertubuhan/yayasan kebajikan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6012.201.5352 atau +6012.281.6364.

 

REALITI HIDUP MASA KINI (‘Case For Action’)

1. Kadar perceraian semakin meningkat disebabkan kegagalan suami-isteri menangani konflik cabaran hidup zaman moden.

2. Suami isteri amat perlu melengkapi diri dengan ilmu serta kemahiran membina rumahtangga bahagia, sekaligus sebagai persediaan mendidik anak demi melahirkan generasi yang prihatin, berwibawa dan berwawasan.

3. Seminar ini membuka peluang untuk suami isteri berbincang dalam suasana positif, ikhlas dan terbuka, demi mewujudkan sinergi dan kasih sayang seumur hidup, dunia dan akhirat.

book-banners-2

APA KATA PENYELIDIKAN TERKINI

Persoalan: Bolehkah seorang lelaki dan seorang wanita terus saling mencintai setelah bertahun-tahun berkahwin?

Kajian membuktikan, terdapat ramai pasangan berkahwin yang masih memiliki tarikan terhadap satu sama lain secara fizikal mahupun emosional, walaupun telah bertahun-tahun hidup bersama. Tidak dinafikan, pasangan-pasangan berjaya ini memilih untuk menabur kebaikan dalam perkahwinan mereka.

Seminar ini memandu anda untuk memanfaatkan kebaikan demi memenangi hati dan minda pasangan anda, agar cinta sentiasa mekar dan hidup dalam perkahwinan anda.
SKIP
FOKUS PENGISIAN

1. Memperoleh kesedaran tentang cabaran kontemporari demi mendirikan perkahwinan serta keluarga yang bahagia dan berjaya.

2. Memahami lima fasa perkahwinan serta implikasinya untuk lelaki dan wanita, memperoleh teknik efektif menangani konflik rumahtangga.

3. Memahami cara-cara praktikal mewujud dan membina tabung cinta suami-isteri, sekaligus mengukuhkan rasa cinta, kasih sayang dan komitmen dari kedua-dua suami dan isteri.

4. Menyedari kepentingan isu-isu pokok 5K: Keimanan, Kekeluargaan, Kesihatan, Kewangan dan Kerjaya dalam rumahtangga.

5. Menimbulkan kesedaran tentang penggunaan bijak media sosial terkini secara bertanggungjawab dan prihatin demi kesejahteraan umum.

6. Mendepani trend ‘orang ketiga’ melalui media sosial seperti Facebook, WeChat dan seumpamanya.

7. Mewujudkan pelan tindakan peribadi untuk mendorong merealisasikan kehidupan berkelamin yang bermakna dan cemerlang.

book-banners-2

AGENDA:

8.00 pagi: Pendaftaran

8.30 pagi: Pengenalan & Energiser

9.00 pagi: Modul 1 – Apa Erti Mahligai Kasih?

(Suami dan isteri dalam AlQur’an, 5 Fasa Perkahwinan, Sumber/Tanda Kehambaran, Tabung Cinta, Keperluan Suami & Keperluan Isteri)

11.00 pagi: Modul 2 – Indahnya Hidup Berimbang

(5K: Apa Yang Perlu Diimbangkan – Keimanan, Kekeluargaan, Kesihatan, Kewangan dan Kerjaya dalam rumahtangga, Minda Negatif)

~ Solat & Makan Tengahari ~

2.00 ptg: Modul 3 – Transformasi Konflik

(Konflik & Rumahtangga, Pengaruh Luaran & Dalaman, Orang Ketiga, Kaedah Efektif Menangani Konflik)

4.00 ptg: Modul 4 – Sehati Sejiwa

(S.M.A.R.T. Plan)

4.45 ptg: Soal Jawab & Maklum Balas

5.00 ptg: Tamat

Isi kandungan seminar berdasarkan buku Ajaibnya Kebaikan hasil nukilan Jamilah Samian. Boleh juga digabungkan dengan isu-isu keibubapaan, juga berdasarkan pada buku-buku nukilan penulis yang sama.

Seminar ini sudah berjaya diadakan di beberapa lokasi termasuk Kelantan dan Terengganu. Ia  boleh dijayakan di tempat anda dengan kerjasama sebarang syarikat swasta, badan kerajaan atau pertubuhan/yayasan kebajikan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6012.201.5352 atau +6012.281.6364.

book-banners-2

About Jamilah Samian

Jamilah has written 534 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top