AJAIBNYA KEBAIKAN

AJAIBNYA KEBAIKAN

RM39.90

PENGENALAN

Pertama kali saya mula mengusahakan buku ini, saya teringin untuk mendalami rahsia kebahagiaan pasangan suami isteri yang saling mencintai dan mengagumi antara satu sama lain serta mampu bertahan biarpun teruji. Saya membaca pelbagai kajian dan menemuramah ramai insan yang sudi kisahnya dikongsi. Akhirnya, saya rasa terlalu banyak perkara yang saya temui…

SKU: 978-967-10430-4-2

Product Description

Menabung Simpanan Cinta Anda

Jatuh cinta itu satu misteri. Tetapi menyemarakkan cinta lain pula. Keajaiban cinta boleh kekal selama-lamanya sekiranya anda tahu bagaimana menyuburkannya dengan kebaikan. Memupuk cinta samalah seperti anda menanam sepohon pokok. Kata-kata dan tindakan yang baik mengukuhkan perkahwinan dan menjadikannya lebih bahagia ibarat air, tanah dan matahari yang menyuburkan pokok.

Ajaibnya Kebaikan adalah mengenai cinta dalam sebuah perkahwinan; bagaimana mencarinya, bagaimana menyuburkannya, bagaimana mengekalkannya. Cabaran terbesar dalam sebuah perkahwinan ialah bagaimana untuk jatuh cinta berkali-kali dengan orang yang sama pada setiap hari. Anda tidak perlu menjadi sempurna untuk dicintai dan bahagia dalam perkahwinan. Tetapi, anda perlu memahami bahasa kebaikan untuk bahagia dalam perkahwinan yang anda harapkan.

Terokai:

Mengapa kebaikan dianggap raja bagi lelaki dan wanita
Strategi untuk bertahan dalam setiap tahap perkahwinan
Titik buta yang boleh menggugat perkahwinan anda
Cara memenangi hati mertua
Tindakan mudah kebaikan yang boleh menambah akaun bank cinta anda
Bagaimana mengatasi jurang antara introvert dan ekstrovert
Rahsia untuk lebih baik dalam menangani konflik
Tips untuk menangani kebosanan dan ego
Perspektif seorang lelaki tentang kebaikan

SUPER SPECIAL DISCOUNTS FOR COUNSELORS AND BULK ORDERS.

About Dezeek Media

Dezeek Media has written 13 articles.

Discuss your thoughts below!

comments.

Additional Information

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “AJAIBNYA KEBAIKAN”

To Top