ANAK LELAKI KOOL & HEBAT

ANAK LELAKI KOOL & HEBAT

RM39.90

KISAH DI SEBALIK BUKU INI

Suatu pagi, saya singgah di sekolah anak perempuan saya untuk memungut kad laporannya. Saya terserempak dengan seorang kenalan. Anak lelakinya sekelas dengan anak saya. Keputusan peperiksaan anak kenalan saya ini agak memuaskan. “Tapi Mama,” kata anaknya kepadanya, “Empat pelajar terbaik semuanya perempuan!”

“Saya katakan kepadanya, pedulikan pelajar perempuan. Bersainglah dengan pelajar lelaki saja!” kata kenalan saya.

Saya tersentak mendengar ceritanya. Begitu merosotkah harapan ibu bapa terhadap pencapaian remaja lelaki?

SKU: 978-983-3364-99-2

Product Description

ANAK REMAJA LELAKI ANDA BERMASALAH?

Anak lelaki tak dengar kata. Anak lelaki tak bermasalah. Anak lelaki tak minat belajar.

Demikian antara keluhan ibu bapa yang membesarkan anak remaja lelaki akhir-akhir ini. Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa demi membentuk anak lelaki bermotivasi, tekun berusaha dan baik tingkah lakunya?

Di dalam buku ini, Jamilah Samian, ibu kepada lima anak lelaki dan seorang anak perempuan menggariskan usia remaja sebagai titik peralihan kritikal bagi anak lelaki. Berasaskan kajian terperinci dan temu ramah dengan ramai ibu bapa, guru-guru, remaja lelaki dan pakar motivasi berpengalaman, Anak Lelaki Kool & Hebat padat dengan pelbagai tip dan langkah praktikal yang boleh diambil oleh ibu bapa agar anak remaja lelaki:

memilih untuk bersikap bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka
berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri
menjauhkan diri daripada gejala-gejala yang tidak diingini
bercita-cita tinggi dan bersemangat waja untuk berjaya dalam hidup
berusaha sehabis baik termasuk meningkatkan prestasi di sekolah

SUPER SPECIAL DISCOUNTS FOR COUNSELORS AND BULK ORDERS.

About Dezeek Media

Dezeek Media has written 13 articles.

Discuss your thoughts below!

comments.

Additional Information

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “ANAK LELAKI KOOL & HEBAT”

To Top