ibubapa & kerjaya

5 Sebab Utama Majikan Bijak Menawarkan Pendidikan Keibubapaan Di Tempat Kerja

[Baca artikel dalam Bahasa Inggeris]

 

Tahukah anda, kini majikan yang berdaftar dengan HRDC boleh memilih untuk menawarkan program keibubapaan khas untuk staf mereka?  Mengapa perlu pendidikan keibubapaan di tempat kerja? Bukankah urusan berkaitan anak-anak, remaja, dan cabaran sebagai ibubapa tidak sesuai untuk dibincangkan di tempat kerja?

Sebelum ini para majikan tidak mengaitkan pendidikan keibubapaan sebagai sesuatu yang bernilai kerana mereka tidak nampak bagaimana ia dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja sekaligus menambah hasil keuntungan syarikat. Namun hakikatnya pendidikan keibubapaan dapat menjana hasil yang positif kepada tempat kerja anda seperti berikut:

 

Poin 1: Pendidikan Keibubapaan Mampu Mengurangkan Ketidakhadiran (“Reduced Absenteeism”)

 

Apabila pekerja menghadapi cabaran atau kesukaran sebagai ibu bapa, mereka terpaksa mengambil cuti dari kerja untuk menangani masalah tersebut. Dengan memberi pekerja kemahiran keibubapaan yang berkesan, majikan dapat membantu mengurangkan ketidakhadiran yang berkaitan dengan isu-isu keibubapaan dan mencipta tenaga kerja yang lebih stabil dan boleh dipercayai.

 

Poin 2: Meningkatkan Pengekalan Bakat (“Increased Talent Retention”)

 

Adanya program pendidikan keibubapaan di tempat kerja membuktikan keprihatinan majikan tentang kesejahteraan dan perkembangan pekerja mereka sebagai insan yang dihargai. Menyediakan pendidikan keibubapaan dapat membina kesetiaan di kalangan pekerja  kerana setiap individu merasa disokong dalam kehidupan peribadi mereka juga.

 

Poin 3: Meningkatkan Semangat dan Keterlibatan Pekerja (“Enhanced Employee Morale and Engagement”)

 

Apabila pekerja merasa disokong dalam memainkan peranan mereka sebagai ibu bapa, ini dapat menaikkan semangat dan keterlibatan mereka secara keseluruhan di tempat kerja. Dengan menangani cabaran keibubapaan dan menyediakan sumber untuk kesejahteraan peribadi, majikan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih memberangsangkan sekaligus meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja.

 

Poin 4: Pembangunan Kemahiran (“Skills Development”)

 

Program pendidikan keibubapaan dapat melengkapi pekerja dengan kemahiran berharga yang melangkaui kehidupan keluarga mereka. Kemahiran ini sering melibatkan komunikasi berkesan, penyelesaian konflik, pengurusan masa, dan kecerdasan emosi, yang juga bermanfaat di tempat kerja. Program-program seperti ini dapat membantu pekerja meningkatkan kemahiran interpersonal mereka, menjadikan mereka ahli pasukan yang lebih mantap.

 

Poin 5: Mengurangkan Tekanan dan Menguatkan Kesihatan Mental (“Reduced Stress and Mental Health Support”)

 

Menjadi ibu bapa boleh menimbulkan cabaran dan tekanan pada masa tertentu, yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja. Program keibubapaan di tempat kerja dapat menyediakan sumber dan sokongan untuk menguruskan tekanan, menggalakkan penjagaan diri, dan memudahkan pekerja mendapat perkhidmatan kesihatan mental. Kesemua ini  menyumbang ke arah kesejahteraan pekerja.

 

Ringkasnya, majikan yang memberi keutamaan kepada pendidikan keibubapaan menunjukkan budaya yang mesra keluarga yang menghargai kehidupan peribadi pekerja. Ini dapat menarik bakat terbaik, terutamanya individu yang memberi keutamaan kepada keseimbangan kehidupan. Dengan menyediakan pendidikan keibubapaan, majikan dapat membantu pekerja menguruskan masa dan meredakan tahap tekanan yang dialami, selain meningkatkan kepuasan hidup dan produktiviti.

 

Berikut adalah kursus-kursus keibubapaan yang kami sediakan:

a) Ibu Bapa Efektif, Produktiviti Hebat

b) Menangani Gejala “Burnout”

Featured Image: Memento Media

About Jamilah Samian

Jamilah has written 533 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top