IBU KOOL BAPA HEBAT
RM39.90
PENGENALAN
Sebelum bergelar seorang ibu, saya ingatkan membesarkan anak itu mudah. Apa tidaknya, saban hari malah sejak sekian lama, ribuan manusia melangkah ke alam keibubapaan, justeru tiada apa perlu digusarkan. Itulah sebabnya, sebelum kelahiran anak sulung, saya langsung tidak kisah untuk menimba ilmu mengenai keibubapaan…
Product Description
BAGAIMANA MENJADI IBU BAPA YANG LEBIH BAIK
Bagi kebanyakan ibu bapa, sebaik saja anak mereka dilahirkan, satu soalan tercetus: Apa yang harus dilakukan seterusnya? Sejak sekian lama, menjaga anak membawa makna tersendiri mengikut pengalaman seseorang. Bak pepatah Melayu: banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Bagi sesetengah ibu bapa, menjaga anak cukup menyeronokkan sejak hari pertama anak dilahirkan. Namun untuk yang lain pula, ia dianggap mencabar, penuh suka dan duka, adakalanya menyulitkan, serta menguji kesabaran mereka. Buku ini ditujukan khas untuk golongan kedua ini.
Jamilah Samian mempunyai pengalaman membesarkan enam orang anak, lima lelaki dan seorang perempuan, di dalam keadaan yang berbeza-beza – sebagai staf senior di sebuah organisasi multinasional, sebagai ibu dan surirumah sepenuh masa, sebagai seorang usahawan berjaya yang bekerja dari rumah, dan sebagai perantau bersama keluarga di Timur Tengah. Menerusi buku ini, beliau berkongsi rahsia bagaimana pengalaman menjaga anak boleh dijadikan batu loncatan untuk mencapai kebahagiaan dan peningkatan diri sendiri dan anak anda.
Ketahuilah:
rahsia untuk menjadi ibu kool dan bapa hebat
mengapa perkara kecil mendatangkan pengaruh yang besar dalam pendidikan anak-anak
bagaimana latar belakang anda mewarnai cara anda membesarkan anak
mengapa hubungan mesra dengan anak anda penting demi kesejahteraan anak anda
cara menghidupkan suasana bermaaf-maafan di rumah
bezanya anak perempuan berbanding anak lelaki
kaedah menangani isu permusuhan adik-beradik dan masalah remaja
SUPER SPECIAL DISCOUNTS FOR COUNSELORS AND BULK ORDERS.
Discuss your thoughts below!
Additional Information
Weight | 1 kg |
---|
Aina Dayana Hilmi –
Ilmu keibubapaan adalah sesuatu yang bukanlah seratus peratus diperolehi secara natural atau semulajadi. Ia merupakan ilmu yang perlu dicari, dipelajari dan dipraktikkan. Penulis berkongsi pengalaman membesarkan 6 orang anak (seorang perempuan dan lima lelaki).
Bagi menjadi ibu kool, bapa hebat keperluan diri sendiri dan anak harus diseimbangkan. Ini yang mungkin membezakan pengalaman seseorang ibu bapa dengan ibu bapa yang lain. Ada orang menganggap membesarkan anak merupakan pengalaman yang berharga dan menyeronokkan. Ada orang sebaliknya 🙂
Perkara yang kecil boleh menjadi besar maknanya malahan latar belakang kita menerima didikan sewaktu kecil dahulu mempengaruhi tindakan dan cara didikan kita hari ini. Penulis turut berkongsi cara menangani isu remaja.