Buku-buku Bahasa Malaysia

Anak Lelaki Kool & Hebat

Judul: Anak Lelaki Kool & Hebat

Pengarang: Jamilah Samian

Nombor ISBN: 978-983-3364-992

Anak lelaki tak dengar kata. Anak lelaki tak berdisiplin. Anak lelaki tak minat belajar.

Demikian antara keluhan ibu bapa yang membesarkan anak remaja lelaki akhir-akhir ini. Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa demi membentuk anak lelaki bermotivasi, tekun berusaha dan baik tingkah lakunya?

Di dalam buku ini, Jamilah Samian, ibu kepada lima anak lelaki dan seorang anak perempuan menggariskan usia remaja sebagai titik peralihan kritikal bagi anak lelaki. Berasaskan kajian terperinci dan temuramah dengan ramai ibu bapa, guru-guru, remaja lelaki dan pakar motivasi berpengalaman, Anak Lelaki Kool & Hebat padat dengan pelbagai tip dan langkah praktikal yang boleh diambil oleh ibu bapa agar anak remaja lelaki:

  • Memilih untuk bersikap bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka
  • Berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri
  • Menjauhkan diri daripada gejala-gejala yang tidak diingini
  • Bercita-cita tinggi dan bersemangat waja untuk berjaya dalam hidup
  • Berusaha sehabis baik termasuk meningkatkan prestasi di sekolah

Sebuah bahan rujukan yang ideal jika anak lelaki anda berumur antara 10 hingga 19 tahun.

 

[button link=”http://store.myriadventures.biz/component/virtuemart/?page=shop.product_details&flypage=flypage.tpl&product_id=1229&category_id=172″ color=”#0060eb” size=”3″ style=”1″ dark=”0″ radius=”auto” target=”_blank”]Beli buku ini[/button]

About Admin

Ahmad has written 13 articles.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top