‘Asah bakat’.
Untuk menjadi negara maju, anak-anak perlu diasah bakat sejak kecil lagi. Bila dengar orang German yang hebat menghasilkan kereta canggih berprestasi luar biasa seperti Porsche, Mercedes Benz, Audi, dan BMW kita mula berfikir, “Alangkah eloknya jika negara kita pun boleh buat begitu.”
Negara berteknologi tinggi membudayakan sifat cintakan kualiti dan berdaya saing pada rakyat mereka, sejak peringkat awal lagi. Sistem persekolahan dan ibu bapa menggalakkan anak-anak berfikiran kreatif dan kompetitif sejak kecil. Bakat anak-anak diasah, sehingga mereka rasa konfiden dengan kebolehan masing-masing. Tentunya mereka pentingkan gred ‘A’, ‘B’, ‘C’, tapi mereka amat peka tentang kualiti gred tersebut, bukan setakat apa yang tercatat di atas sijil. Kita pula bagaimana ya?
Seorang ibu pernah berkata kepada saya, “I don’t care what my children get, so long as I see all As.” Markah rendah pun tak apa, kualiti tak bagus pun tak apa, asalkan dapat A. Kalau sikap kita terus begini, nampaknya perjalanan kita masih jauh lagi. ~ Jamilah Samian
https://coolmumsuperdad.com/
#coolmumsuperdad
#parentingmadepractical
#inspirechildrentobeoutstanding
#guidechildrentothink