Gerun.
Empat mayat remaja bergelimpangan akibat nahas jalanraya ketika merempit. Inilah antara ‘posting’ whatsapp yang saya terima baru-baru ini. Tidak terbayang hancur luluh hati ibu bapa yang membesarkan sejak kecil, laksana menatang minyak yang penuh.
Apa agaknya yang mendorong anak-anak ini untuk merempit, berani mati, sehingga tidak hiraukan langsung realiti boleh maut dalam keadaan mengerikan? Mungkinkah kerana tiada apa yang dinantikan untuk esok, hidup semata-mata untuk hari ini (‘live for the moment’), langsung tidak berfikir panjang, hidup hanya untuk seronok sekarang, tiada wawasan?
Betapa pentingnya untuk membantu anak-anak remaja mengimpikan hari esok yang bermakna. Cita-cita dan impian hidup dalam diri anak-anak, mungkin boleh merangsang mereka berfikir banyak kali, dengan lebih matang, lebih jauh. Moga tragedi ini tidak akan berulang.
https://coolmumsuperdad.com/
#coolmumsuperdad
#parentingmadepractical
#inspirechildrentobeoutstanding
#guidechildrentothink