Mutiara Kata Hari Ini

Mutiara Kata Hari Ini [11]

Photo by Manuel Leon Moreno on Flickr

 

Jika mahu anak berubah, gunakan konsep berikut: ”ANAK-ANAK SUKA MENGULANGI TINGKAH LAKU YANG DIBERI PERHATIAN / DIKOMEN OLEH IBU BAPA.”

Jika ada sepuluh tabiat negatif yang anda mahu anak anda ubah, fokus kepada satu sahaja pada suatu masa. Tunjukkan apa yang anda mahu dia lakukan, bukan apa yang anda tidak mahu dia lakukan.

Contoh:

1) Jika tulisan anak anda kurang kemas, cari satu halaman di mana tulisannya lebih kemas berbanding yang lain. Beri komen spesifik: ”Mama/Ayah suka tulisan yang ini. Tulisan Man mudah dibaca. Garisannya teratur dan lurus.” (BUKAN ”Comotnya kerja kamu ni!”)
2) Jika anak anda suka menjerit atau membentak adik-beradiknya, katakan dengan tegas ”Dalam keluarga ini, kita sopan dengan satu sama lain. Menjerit / Membentak bukan cara kita.” (BUKAN ”Tak reti cakap elok sikit ke?”)
3) Jika anak anda sering lambat menunaikan solat, katakan ”Kita akan bersolat jamaah sebaik azan kedengaran.” Kemudian pastikan anda seisi keluarga solat bersama. (BUKAN ”Kamu ni malas solat!”)

Anak-anak cenderung untuk mengulangi tingkah laku atau tabiat yang mendapat perhatian ibu bapa.

About Jamilah Samian

Jamilah has written 547 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top