Bila berlaku sesuatu yang tak diingini pada diri kita, memang pahit dan sukar untuk kita terima. Namun manfaatnya ialah, kerana kita pernah mengalaminya, kita tidak akan pandang rendah pada orang lain yang ditimpa ujian yang sama. Inilah salah satu hikmah Allah izinkan perkara itu berlaku pada kita. Sebab itu, redhalah dengan ketentuan Ilahi, lebih-lebih lagi kalau perkara tersebut di luar kawalan kita. Bukan itu saja, Allah akan beri ganjaran setimpal dengan kesabaran kita. Anak-anak pula memerhati tingkah laku dan kata-kata kita di saat berlaku sesuatu di luar dugaan. Jika kita cepat panik dan keluh-kesah berpanjangan, mereka tidak nampak bahawa setiap insan ada daya kekuatan dalaman yang boleh menghadapi pelbagai cabaran hidup. Sebagai pemimpin, anda adalah suri teladan untuk anak-anak.
Photo by William Fortunato from Pexels