TIPS GROOVI MENDIDIK GENERASI Y & Z
RM39.90
JURANG ANTARA GENERASI
Jurang antara generasi bukan sekadar perbezaan umur. Ianya lebih kepada perbezaan dari segi bagaimana anda menilai sesuatu perkara dan cara anda menyelesaikannya. Apabila anda dilahirkan dalam generasi yang berbeza, anda mempunyai buah fikiran dan sudut pandangan yang berbeza.
Ada pihak mendakwa Generasi Y dan Z merupakan golongan yang dimanjakan, dibesarkan oleh ibu bapa yang memenuhi segala kehendak dan tuntutan anak-anak mereka. Satu pihak lagi berpendapat yang sebaliknya iaitu Generasi Y dan Z adalah golongan yang paling kreatif, berakal dan berkeyakinan di dunia. Buku ini cuba mencari jalan tengah untuk menyeimbangkan kedua-dua pendapat yang bercanggah ini…
Product Description
MENGAPA ANDA PERLU AMBIL KISAH TENTANG GENERASI Y DAN Z?
Daripada rancangan TV kegemaran, budaya kerja dan cara mereka berbicara, Generasi Y dan Z begitu berbeza berbanding generasi-generasi lain. Dibesarkan dengan gaya hidup berInternet, mereka seolah-olah hidup dalam dunia tersendiri. Anda mungkin sukar memahami apa yang mereka katakan atau lakukan, sehingga mencetuskan jurang antara generasi. Bersedia atau tidak, anda perlu menghadapi Generasi Y dan Z – mereka adalah anak-anak saudara, sepupu, anak, pelajar, staf mahupun majikan anda!
Tips Groovi Mendidik Generasi Y dan Z jelas dan mudah dibaca. Penulisnya merupakan profesional yang benar-benar memahami cabaran yang wujud beserta kemahiran keibubapaan dan pengurusan yang berkesan untuk Generasi Y dan Z. Buku ini padat dengan cara-cara menghadapi beberapa sikap unik lagi mencabar Generasi Y dan Z:
“Saya mahukannya sekarang.”
“Saya patut menerimanya.”
“Saya berhak”
dan banyak lagi..
Bermula dengan Bab 1: Generasi Y dan Z Sudah Tiba, anda akan menemui 123 idea kontemporari untuk berhubung dengan dua generasi yang makan, tidur dan bernafas dengan Internet. Buku ini didatangkan dengan nota istimewa untuk para guru, pensyarah dan pendidik, ditambah dengan tips untuk menguruskan dan memimpin Generasi Y dan Z di tempat kerja. Memahami Generasi Y dan Z memberikan anda kuasa untuk berkomunikasi secara efektif dengan mereka, sekali gus membuka jalan untuk anda menjadi lebih bijak, lebih bahagia dan lebih berjaya.
SUPER SPECIAL DISCOUNTS FOR COUNSELORS AND BULK ORDERS.
Discuss your thoughts below!
Additional Information
Weight | 1 kg |
---|
Reviews
There are no reviews yet.