Mutiara Kata Hari Ini

Tak Kenal Maka Tak Cinta

SOURCE : WWW.PEXELS.COM

Hidup serumah tidak semestinya ‘kenal’ dan ‘cinta’ antara satu sama lain.

Anda mungkin lebih kenal rakan sepejabat berbanding pasangan anda sendiri. Pasangan anda mungkin selesa dengan rakan sepejabatnya, bersenda gurau, lebih daripada anda sendiri. Anak anda mungkin mesra dengan kawan-kawan di luar sana, lebih daripada ibu bapanya.

Dalam sesetengah keluarga, suami ada ketika terasa asing dengan isteri. Begitu juga sebaliknya. Atau si anak terasa dirinya asing dari adik-beradik dan ibu bapanya. Perkara paling berharga hari ini ialah ‘masa’. Masa tidak boleh dijual beli. Masa yang berlalu, tidak akan datang kembali. Tanpa melapangkan masa untuk pasangan dan anak-anak, mustahil mereka dapat mengenali, seterusnya menyayangi dan mencintai anda. Kasih sayang dan perasaan cinta tidak akan timbul dengan sendiri. Sehari tidak menyapa dan berbual mesra, semakin jauh dan asing anda dari keluarga. ~ Jamilah Samian

https://coolmumsuperdad.com/
‪#‎coolmumsuperdad
‪#‎parentingmadepractical
‪#‎inspirechildrentobeoutstanding
‪#‎guidechildrentothink

About Jamilah Samian

Jamilah has written 547 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top