Buku-buku Bahasa Malaysia

Tips Groovi Mendidik Generasi Y & Z

 

Judul: Tips Groovi Mendidik Generasi Y & Z

Pengarang: Jamilah Samian

Nombor ISBN: 978-967-10430-1-1

Dari rancangan TV kegemaran, budaya kerja dan cara mereka berbicara, Generasi Y dan Z begitu berbeza berbanding generasi-generasi lain. Dibesarkan dengan gaya hidup berInternet, mereka seolah-olah hidup dalam dunia tersendiri. Anda mungkin sukar memahami apa yang mereka katakan atau lakukan, sehingga mencetuskan jurang antara generasi. Bersedia atau tidak, ada perlu menghadapi Generasi Y dan Z – merekalah anak saudara, sepupu, anak, pelajar, staf mahupun majikan anda!

TIPS GROOVI MENDIDIK GENERASI Y DAN Z jelas dan mudah dibaca. Penulisnya merupakan profesional yang benar-benar memahami cabaran yang wujud berserta kemahiran keibubapaan dan pengurusan untuk Generasi Y dan Z. Buku ini padat dengan cara-cara menghadapi beberapa sikap unik lagi mencabar Generasi Y dan Z:

  • “Saya mahukannya sekarang.”
  • “Saya patut menerimanya.”
  • “Saya berhak” … dan banyak lagi.

Bermula dengan Bab 1″ Generasi Y dan Z Sudah Tiba, anda akan menemui 123 idea kontemporari untuk berhubung dengan dua generasi yang makan, tidur dan bernafas dengan Internet. Buku ini didatangkan dengan nota istimewa untuk para guru, pensyarah dan pendidik, ditambah dengan tips untuk menguruskan dan memimpin Genersi Y di tempat kerja. Memahami Generasi Y dan Z memberikan anda kuasa untuk berkomunikasi secara efektif dengan mereka, membuka jalan untuk anda menjadi lebih bijak, lebih bahagi dan lebih berjaya.

 

[button link=”http://store.myriadventures.biz/component/virtuemart/?page=shop.product_details&flypage=flypage.tpl&product_id=1240&category_id=172″ color=”#0060eb” size=”3″ style=”1″ dark=”0″ radius=”auto” target=”_blank”]Beli buku ini[/button]

About Admin

Ahmad has written 13 articles.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top