Bagaimana membuat anak-anak gembira dengan solat?
Anak-anak, terutama yang kecil, akan suka buat apa sahaja yang dirasakan ‘seronok’. Seronok ini hilang bila ibu bapa berbuat sesuatu dengan tergesa-gesa. Saya pernah melihat seorang ibu di masjid, yang mengambil masa untuk menyapu sendiri air wuduk pada anggota badan anaknya, berusia lebih kurang tiga tahun. Ibu ini dengan tenang menyempurnakan wuduk anaknya, sebelum dia sendiri mengambil wuduk dengan disaksikan oleh anaknya. Kemudian mereka sama-sama bersolat.
Meskipun anak kecil ini belum wajib solat, dia sudah ada ‘mental imej’ yang ambil wuduk itu seronok. Solat pun seronok. Menadah tangan berdoa pada Allah selepas solat pun seronok. Ibubapa tidak marah-marah, malah wuduk dan solat satu kenangan istimewa dalam mindanya sejak kecil, tentunya dia gembira dengan solat.
Begitu juga untuk anak remaja, jika dikaitkan solat dengan solat berjamaah sekeluarga, ibu bapa dan anak-anak bergilir-gilir jadi imam dan makmum, selesai solat cium tangan dan peluk anak-anak, dengan riak wajah yang manis dan mesra, mereka akan rasa selesa dan suka dengan solat. ~ Jamilah Samian
#coolmumsuperdad
#anakanugerahterindah
#inspirechildrentobeoutstanding
#guidechildrentothink
#TheKindnessMiracle