SKIP
PARENTING TOOLBOX VERSI BM
© COOL MUM SUPER DAD
OBJEKTIF PROGRAM:
– Menyediakan pendekatan bersepadu untuk membina keluarga bahagia dan berjaya berasaskan kajian saintifik kontemporari
– Mewujudkan perhubungan mesra dan utuh seumur hidup antara suami dan isteri
– Memperkasa ibubapa dengan ilmu, skil dan sikap keibubapaan yang proaktif dan positif, sekaligus membantu mereka memenuhi amanah yang dikurniakan oleh Tuhan agar mendidik anak dengan jaya
– Dapat mengenalpasti kesilapan biasa serta solusinya dan memperbetulkan diri sendiri
– Merencana S.M.A.R.T. Plan untuk perubahan jangka panjang yang lebih bermakna
HARI PERTAMA (8 jam maksimum)
Mod 1: PERKAHWINAN KUKUH, IBUBAPA UTUH
Mod 2: TRANSFORMASI KONFLIK
Mod 3: IBU & AYAH : PERMATA PALING BERHARGA
Mod 4: ANAK ANUGERAH TERINDAH
HARI KEDUA (8 jam maksimum)
Mod 5: MENDIDIK GENERASI DIGITAL
Mod 6: MEMOTIVASI ANAK REMAJA
Mod 7: HUBUNGAN HARMONI ADIK-BERADIK
Mod 8: SERLAHKAN POTENSI ANAK ANDA (STEM, STEAM, STREAM, E.STREAM)
Mod 1: PERKAHWINAN KUKUH, IBUBAPA UTUH
FAKTA-FAKTA UTAMA
– Kualiti perhubungan suami-isteri besar pengaruhnya kepada kejayaan anda sebagai ibubapa
– Anak-anak dalam perkahwinan yang bahagia lebih terjamin masa depannya, mendapat prestasi lebih cemerlang di sekolah dan kurang masalah disiplin
– Pelajari lima fasa dalam perkahwinan dan bagaimana anda dan pasangan boleh menjadi ibubapa yang lebih baik dengan menggunakan strategi kebaikan
Mod 2: TRANSFORMASI KONFLIK
FAKTA-FAKTA UTAMA
– Suami-isteri yang bijak menyelesaikan konflik lebih berjaya dalam perkahwinan
– Bagaimana anda berselisih faham lebih penting berbanding apa yang digaduhkan
– Kenalpasti respons anda terhadap konflik. Pelajari kaedah lebih efektif
Mod 3: IBU & AYAH : PERMATA PALING BERHARGA
FAKTA-FAKTA UTAMA
– Amanah Ibu dan Ayah: suatu kurnia dan penghormatan
– Pelbagai pengajaran tentang cabaran luaran dan dalaman dalam mendidik anak
– Perbezaan di antara ibu dan ayah dan keistimewaan masing-masing
Mod 4: ANAK ANUGERAH TERINDAH
FAKTA-FAKTA UTAMA
– Umur dan peringkat pembesaran anak-anak
– Tumbesaran otak
– Pembesaran anak lelaki & wanita
– Pembawakan: Kenali anak anda
– Anak istimewa
Mod 5: MENDIDIK GENERASI DIGITAL
FAKTA-FAKTA UTAMA
– Insan yang lahir dalam generasi berlainan mempunyai perspektif berbeza disebabkan pengalaman unik yang mereka tempuhi.
– Pelajari pelbagai perbezaan dan cabaran unik tersebut.
– Ketahui bagaimana anda boleh perbaiki hubungan dengan anak dan menjadi sumber inspirasi untuknya meskipun perbezaan dan cabaran wujud.
Mod 6: CABARAN MENDIDIK REMAJA
FAKTA-FAKTA UTAMA
– Tempoh perubahan fizikal dan emosional
– Pentingnya perhubungan kukuh berdasarkan kepercayaan dengan remaja
– Jadilah sumber inspirasi remaja anda supaya dia berusaha yang terbaik dari segi akhlaq dan pencapaian
Mod 7: HUBUNGAN HARMONI ADIK-BERADIK
FAKTA-FAKTA UTAMA
– Perhubungan adik-beradik dari sudut tradisi & perspektif psikologi
– Bagaimana pengalaman peribadi anda mewarnakan perhubungan anak-anak sesama mereka
– Bagaimana sikap ibubapa membentuk dinamika perhubungan adik-beradik
– Tips mengatasi permusuhan adik-beradik dan membina keharmonian adik-beradik
Mod 8: SERLAHKAN POTENSI ANAK ANDA (STEM, STEAM, STREAM, E.STREAM)
FAKTA-FAKTA UTAMA
– Mengenalpasti minat dan bakat anak anda
– Memahami konsep 3R, STEM, STEAM, STREAM & E.STREAM*
– Hari ini membaca, esok memimpin: Tabiat membaca & perkembangan otak anak anda
– Faktor-faktor & cabaran utama (Critical Success Factors/CSF) mencapai kecemerlangan kerjaya anak anda
*3R = Reading, wRiting, aRithmetic
*STEM = Science, Technology, Engineering, Mathematics
*STEAM = Science, Technology, Engineering, Arts, Mathematics
*STREAM = Science, Technology, Religion/Ethics, Engineering, Arts, Mathematics
*E.STREAM = Entrepreneurship, Science, Technology, Religion/Ethics, Engineering, Arts, Mathematics
Mod Penutup: MELAKAR PERUBAHAN JANGKA PANJANG
FAKTA-FAKTA UTAMA
– Faktor-faktor luaran & dalaman
– Faktor-faktor kritikal kejayaan, cara menangani cabaran
– Sistem sokongan
– Legasi anda sebagai ibubapa