Lapang Dada.
Dua perkataan yang mudah disebut, tapi ada ketika sukar untuk diselami dan dihayati. Beberapa situasi yang boleh menggugat ‘lapang dada’: anak sakit teruk, perangai tak elok, tidak hormat ibu bapa atau orang tua.
Cabaran berbentuk fizikal lebih mudah diterima. Jika anak sakit, usahakan untuk mendapat ubat yang terbaik. Yang lebih sukar ialah cabaran dari segi sikap dan perangai anak-anak.
Cuba renungkan. Mungkinkah anak-anak berperangai tidak elok kerana itulah caranya untuk mendapat perhatian anda? Atau mungkin kerana tiap kali dia menunjukkan sikap negatif, tiada sesuatu yang boleh mengasuhnya menjadi lebih baik? Meskipun anda fikir apa yang anda lakukan itu sudah cukup baik, mungkin ada cara lain yang lebih serasi untuk merubah perangai anak anda. Bayangkan jika apa yang anda hadapi, berlaku kepada orang lain. Apakah nasihat anda kepada orang tersebut?
Bila kita ‘keluar’ dari situasi menghimpit yang kita alami dengan cara ini, ia boleh membantu kita untuk berfikir dengan lebih tenang, seterusnya mencari cara yang lebih efektif untuk mengatasi apa juga masalah mendidik anak-anak. ~ Jamilah Samian
#coolmumsuperdad
#parentingmadepractical
#inspirechildrentobeoutstanding
#guidechildrentothink
#TheKindnessMiracle