Mutiara Kata Hari Ini

Atasi Anak Kerap Bergaduh

Apakah cara terbaik untuk meleraikan pertengkaran antara anak-anak supaya mereka semua berpuas hati terhadap penyelesaian yang ibubapa lakukan?

Suka bergaduh ini, simptom. Puncanya (‘root cause’) pelbagai. Pada umumnya sebab anak-anak tidak tahu cara menyelesaikan konflik sesama sendiri secara lebih efektif. Mungkin juga ada perasaan iri, jika ada persepsi bahawa ibu bapa lebih menyayangi anak yang lain.

Cara menanganinya bergantung pada situasi dan peringkat usia anak anda. Anak masih kecil biasanya bergaduh sebab masing-masing merasa dirinya tidak diberi cukup perhatian. Luangkan waktu dan aktiviti ‘1-on-1’ untuk setiap anak. Aktiviti ‘1-on-1’ bermakna, aktiviti yang hanya melibatkan ibubapa dengan seseorang anak tertentu sahaja pada suatu waktu tertentu, tanpa disertai anak-anak lain. Contoh aktiviti ‘1-on-1’: membeli-belah bersama, membaca buku kegemaran anak, atau apa sahaja hobi sihat yang diminati oleh anak tersebut.

Strategi ‘1-on-1’ ini juga sesuai digunapakai untuk anak remaja yang kerap berkelahi. Cuba renungi cara anda melayani setiap anak. Mungkinkah ada komen atau perbuatan yang boleh menimbulkan emosi sedemikian?

Atau mungkin seseorang anak itu, kerana dia rajin, sering dibebankan dengan tugasan, yang sepatutnya dipikul sama rata oleh anak-anak lain. Jika ini benar, wujudkan suasana yang lebih adil. Beri mereka tugasan berbeza secara bergilir-gilir. Latih anak supaya lebih bertanggungjawab, persediaan sebagai pemimpin.

 

 

About Jamilah Samian

Jamilah has written 549 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top