Soal & Jawab

Anak Kecil & iPad

SOALAN:

Sesuaikah anak yang berusia 2 tahun menggunakan alat elektronik seperti Tablet dan iPad?

 

book-banners-2

JAWAPAN:

Untuk anak kecil seperti ini (terutama di bawah usia 3 tahun), secara umum prinsipnya ialah “face-to-face time is better than screen time” (jauh lebih baik berinteraksi dengan insan berbanding peralatan elektronik). Ini kerana, pengaruh persekitaran sangat kuat ke atas pembentukan peribadi dan akhlaq kanak-kanak.

Otaknya juga sedang berkembang dengan pesat. Betapa moden alat elektronik tidak sekali-kali dapat menggantikan suara, sentuhan, bimbingan, senyuman atau dalam ertikata lain, perhatian, yang hanya dapat diberikan oleh makhluk bernama insan.

Jika menggunakan alat elektronik sekalipun, sentiasa pastikan diawasi dan dibimbing dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Bermakna, ada individu yang bertanggungjawab duduk bersamanya dan berinteraksi dengannya, iaitu terangkan apa yang disaksikan pada skrin tersebut supaya dia tidak menggunakannya secara pasif.

Kanak-kanak yang sejak kecil sudah terlalu biasa dan bergantung pada peralatan elektronik termasuk TV, tablet, iPad dan sebagainya ditakuti sukar fokus kerana imej yang timbul bertukar ganti super pantas, amat berbeza daripada realiti dunia nyata yang jauh lebih lambat. Alat-alat ini juga tidak harus digunakan semata-mata sebagai ”pacifier” untuk mendiamkan anak-anak kecil. Kepintaran sosial mereka juga boleh terjejas bila iPad atau Tablet dibiarkan sentiasa di sisi meskipun sewaktu berada dalam sesebuah majlis, umpamanya. Wallahua’lam.

book-banners-2

About Jamilah Samian

Jamilah has written 547 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top