Rahsia Mendidik Anak Hebat

Haya’: Ajar Anak Pelihara Maruah Sejak Kecil

 

Semakin hari semakin mudah golongan pedofil mendapatkan informasi tentang kanak-kanak samada secara berdepan atau melalui akses Internet. Keadaan ini tentunya mencetuskan kebimbangan kalangan ibu bapa, pendidik dan profesional perubatan. Kanak-kanak kecil, khususnya, tidak sedar dan tidak tahu langsung tentang bahaya yang mungkin mereka hadapi.

Saya berpeluang bertanya pandangan Dr Ariza Mohamed, seorang pakar ginekologi dan obstetrik, tentang beberapa kebimbangan mengenai isu keselamatan kanak-kanak, yang disebut sebagai pendidikan privasi (‘privacy education’), iaitu konsep selari dengan sifat haya’, di mana kanak-kanak sejak kecil dilatih supaya sensitif dengan maruah dan kehormatan peribadi mereka.

Ini merupakan aspek penting yang perlu diketahui oleh ibu bapa supaya mereka boleh mengajar anak-anak mereka lebih awal, demi mengurangkan risiko pencabulan dari dalam dan di luar keluarga.

 children-1499274_1920

Jamilah: Dr Ariza, mohon kongsikan latar belakang peribadi serta profesional Dr.

Dr Ariza: Saya seorang Pakar Obstetrik dan Ginekologi. Tugas saya menyambut kelahiran bayi dan berurusan dengan wanita yang mempunyai masalah sakit puan.

 

Jamilah: Apakah pendidikan privasi (‘privacy education’) dan kaitannya dengan konsep haya’?

Dr Ariza: Pendidikan privasi adalah pendidikan yang mengajar kanak-kanak lelaki dan perempuan perkara yang sulit, apa yang boleh dikongsi dan apa yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Ia mengajar kanak-kanak memahami had dan sempadan dalam perhubungan selain ruang peribadi dan hak mereka. Mereka perlu diajar memilih tindakan yang betul sekiranya hak mereka dicabuli. Akhir sekali pendidikan ini juga menghasilkan haya’ atau perasaan malu untuk membuat sesuatu yang melangkaui batas-batas agama.

 

Jamilah: Mengapakah ia relevan hari ini?

Dr Ariza: Ia paling relevan hari ini kerana kita dapati kanak-kanak yang masih kecil dicabuli orang dewasa. Kanak-kanak ini tidak faham dan berasa keliru dengan perkara yang dilakukan kepada mereka. Mereka tidak diajar tentang ruang peribadi, mengenai sentuhan yang wajar dan tidak wajar serta apa yang perlu dilakukan untuk mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku ke atas diri mereka.

Ada juga segelintir budak perempuan yang tidak menghargai privasi mereka. Mereka mendedahkan diri melebihi had yang boleh diterima, tanpa ada keperluan berbuat demikian. Perbuatan ini mendedahkan mereka pada risiko rogol dan penderaan seksual.

Budak-budak perempuan ini juga dengan rela dan tanpa ragu-ragu mendedahkan diri di internet. Mereka tidak peduli akan privasi dan membiarkan diri mereka dimanipulasi orang lain.

 

Jamilah: Siapakah yang patut mengambil berat tentang pendidikan privasi? Mengapa?

Dr Ariza: Ibu bapa, guru dan guru prasekolah perlu diajar tentang pendidikan privasi. Anak-kanak perlu diajar mengenai alat sulit mereka sebelum usia empat tahun. Tentang sentuhan selamat dan tidak selamat.

Ibu dan bapa perlu meminta izin daripada anak-anak, lelaki atau perempuan, sekiranya ibu dan bapa perlu menanggalkan pakaian mereka. Jika dipupuk dari awal, ia membantu menghasilkan tindak balas alami (‘natural’) daripada kanak-kanak ini. Mereka tahu ibu bapa mereka pun akan meminta izin sebelum menanggalkan pakaian mereka. Mereka tahu bahagian badan mereka (terutama alat sulit) berada di bawah kawalan mereka dan tiada siapa boleh menyentuh, melihat atau mengambil gambar tanpa sebarang keperluan.

Kanak-kanak lelaki dan perempuan perlu diajar dari awal untuk membersihkan diri sendiri dan mengenakan pakaian sendiri. Mereka diajar untuk MENJERIT, MELARIKAN DIRI dan MEMBERITAHU jika mereka dihampiri secara salah dalam apa-apa cara sekalipun. Mengajar pendidikan privasi membantu mereka membuat keputusan yang tepat.

 

Jamilah: Bagaimanakah latar belakang professional Dr mencorakkan minat Dr dalam bidang pendidikan privasi?

Dr Ariza: Dalam kerjaya saya, ada kalanya saya berjumpa budak perempuan yang tersilap langkah dan menanggung akibat apabila mereka tersalah memilih kawan. Perkara ini menyedihkan saya.

 

Jamilah: Apakah perkara paling penting yang perlu diketahui oleh ibu bapa tentang pendidikan privasi?

Dr Ariza: Ibu bapa perlu lebih sedar tanggungjawab mereka untuk memastikan anak-anak mereka selamat, sihat dan gembira. Ibu bapa juga perlu berbincang dengan anak-anak supaya mereka merasakan ibu bapa mereka mengambil berat tentang mereka. Statistik menunjukkan sebahagian besar remaja yang terlibat dalam maksiat adalah mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang kurang utuh atau datang dari keluarga yang berpecah belah.

 

Jamilah: Bolehkah Dr kongsikan dengan kami rujukan yang berkaitan, jika ada (laman web, buku dan lain-lain).

Dr Ariza: Al-Quran, ‘Privacy Education for Children’ oleh Adam Gunes, ‘Boundaries in A Relationship’ oleh Dr Nan Stein.

Terjemahan oleh: Zatika Izati Puade [[email protected]]

Baca artikel asal di sini: Privacy Education: Keep Our Children Safe

About Jamilah Samian

Jamilah has written 547 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top