Mutiara Kata Hari Ini

Zulqarnain “Role Model” Anak Anda

Mampukah kita mendidik anak-anak berjiwa kental, bersemangat tegar di dunia yang penuh berliku dan mencabar? Insyaallah, boleh. Zulqarnain pemuda yang kisahnya diabadikan dalam Surah Al-Kahfi (18: 83-99), tidak “tergelincir” dengan kuasa dan kepintaran luar biasa yang Allah kurniakan padanya. Zulqarnain “role model” untuk anak anda, baik si comel mahupun remaja. Beberapa teladan dari kisah Zulqarnain:

1) Eksplorasi satu kaedah pembelajaran yang boleh merangsang minda pintar (Zulqarnain pengembara timur dan barat)

2) Peluang untuk berjaya terbuka luas, asalkan sanggup bekerja keras

3) Bila diberi kuasa dan kedudukan, tanggungjawab kita memilih yang terbaik dalam apa juga keadaan

4) Tidak mengambil kesempatan dari kesempitan orang lain. Apabila ditawarkan dengan bayaran kerana membantu kelompok yang tertindas, Zulqarnain hanya berkata: “. . . (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu) . . .” (18:95)

5) Berfikiran jauh, memburu kejayaan sebenar di akhirat. Peka bahawa tiada yang kekal di dunia ini. Sedar yang manusia mudah lupa diri. Selesai membina tembok penghalang daripada Ya’juj dan Ma’juj, Zulqarnain mengingatkan dirinya sendiri dengan berkata: “. . . Maka apabila janji Tuhanku sudah datang, Dia akan menghancurluluhkannya . . .” (18:98)

Kongsi kisah Zulqarnain dengan anak anda hari ini. Moga permata hati anda secekal, secerdas, segigih, sebijak Zulqarnain!

About Jamilah Samian

Jamilah has written 547 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top