Announcements

Parenting Toolbox Versi BM

[Baca Parenting Toolbox English Version]

SKIP

PARENTING TOOLBOX VERSI BM

© COOL MUM SUPER DAD

OBJEKTIF PROGRAM:

– Menyediakan pendekatan bersepadu untuk membina keluarga bahagia dan berjaya berasaskan kajian saintifik kontemporari

– Mewujudkan perhubungan mesra dan utuh seumur hidup antara suami dan isteri

– Memperkasa ibubapa dengan ilmu, skil dan sikap keibubapaan yang proaktif dan positif, sekaligus membantu mereka memenuhi amanah yang dikurniakan oleh Tuhan agar mendidik anak dengan jaya

– Dapat mengenalpasti kesilapan biasa serta solusinya dan memperbetulkan diri sendiri

– Merencana S.M.A.R.T. Plan untuk perubahan jangka panjang yang lebih bermakna

book-banners-2


HARI PERTAMA 
(8 jam maksimum)

Mod 1: PERKAHWINAN KUKUH, IBUBAPA UTUH

Mod 2: TRANSFORMASI KONFLIK

Mod 3: IBU & AYAH : PERMATA PALING BERHARGA

Mod 4: ANAK ANUGERAH TERINDAH

 

HARI KEDUA (8 jam maksimum)

Mod 5: MENDIDIK GENERASI DIGITAL

Mod 6: MEMOTIVASI ANAK REMAJA

Mod 7: HUBUNGAN HARMONI ADIK-BERADIK

Mod 8: SERLAHKAN POTENSI ANAK ANDA (STEM, STEAM, STREAM, E.STREAM)

Mod 1: 
PERKAHWINAN KUKUH, IBUBAPA UTUH

FAKTA-FAKTA UTAMA

– Kualiti perhubungan suami-isteri besar pengaruhnya kepada kejayaan anda sebagai ibubapa

– Anak-anak dalam perkahwinan yang bahagia lebih terjamin masa depannya, mendapat prestasi lebih cemerlang di sekolah dan kurang masalah disiplin

– Pelajari lima fasa dalam perkahwinan dan bagaimana anda dan pasangan boleh menjadi ibubapa yang lebih baik dengan menggunakan strategi kebaikan

 Mod 2: TRANSFORMASI KONFLIK

FAKTA-FAKTA UTAMA

– Suami-isteri yang bijak menyelesaikan konflik lebih berjaya dalam perkahwinan

– Bagaimana anda berselisih faham lebih penting berbanding apa yang digaduhkan

– Kenalpasti respons anda terhadap konflik. Pelajari kaedah lebih efektif


Mod 3: IBU & AYAH : PERMATA PALING BERHARGA

FAKTA-FAKTA UTAMA

– Amanah Ibu dan Ayah: suatu kurnia dan penghormatan

– Pelbagai pengajaran tentang cabaran luaran dan dalaman dalam mendidik anak

– Perbezaan di antara ibu dan ayah dan keistimewaan masing-masing


Mod 4: ANAK ANUGERAH TERINDAH

FAKTA-FAKTA UTAMA

– Umur dan peringkat pembesaran anak-anak

– Tumbesaran otak

– Pembesaran anak lelaki & wanita

– Pembawakan: Kenali anak anda

– Anak istimewa

Mod 5: MENDIDIK GENERASI DIGITAL

FAKTA-FAKTA UTAMA

– Insan yang lahir dalam generasi berlainan mempunyai perspektif berbeza disebabkan pengalaman unik yang mereka tempuhi.

– Pelajari pelbagai perbezaan dan cabaran unik tersebut.

– Ketahui bagaimana anda boleh perbaiki hubungan dengan anak dan menjadi sumber inspirasi untuknya meskipun perbezaan dan cabaran wujud.

Mod 6: CABARAN MENDIDIK REMAJA

FAKTA-FAKTA UTAMA

– Tempoh perubahan fizikal dan emosional

– Pentingnya perhubungan kukuh berdasarkan kepercayaan dengan remaja

– Jadilah sumber inspirasi remaja anda supaya dia berusaha yang terbaik dari segi akhlaq dan pencapaian

Mod 7HUBUNGAN HARMONI ADIK-BERADIK

FAKTA-FAKTA UTAMA

– Perhubungan adik-beradik dari sudut tradisi & perspektif psikologi

– Bagaimana pengalaman peribadi anda mewarnakan perhubungan anak-anak sesama mereka

– Bagaimana sikap ibubapa membentuk dinamika perhubungan adik-beradik

– Tips mengatasi permusuhan adik-beradik dan membina keharmonian adik-beradik

Mod 8: SERLAHKAN POTENSI ANAK ANDA (STEM, STEAM, STREAM, E.STREAM)

FAKTA-FAKTA UTAMA

– Mengenalpasti minat dan bakat anak anda

– Memahami konsep 3R, STEM, STEAM, STREAM & E.STREAM*

– Hari ini membaca, esok memimpin: Tabiat membaca & perkembangan otak anak anda

– Faktor-faktor & cabaran utama (Critical Success Factors/CSF) mencapai kecemerlangan kerjaya anak anda

*3R = Reading, wRiting, aRithmetic
*STEM = Science, Technology, Engineering, Mathematics
*STEAM = Science, Technology, Engineering, Arts, Mathematics
*STREAM = Science, Technology, Religion/Ethics, Engineering, Arts, Mathematics
*E.STREAM = Entrepreneurship, Science, Technology, Religion/Ethics, Engineering, Arts, Mathematics


Mod Penutup: MELAKAR PERUBAHAN JANGKA PANJANG

FAKTA-FAKTA UTAMA

– Faktor-faktor luaran & dalaman

– Faktor-faktor kritikal kejayaan, cara menangani cabaran

– Sistem sokongan

– Legasi anda sebagai ibubapa

book-banners-2

About Jamilah Samian

Jamilah has written 547 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top