Ajaibnya Kebaikan

Demi Anak: 11 Cara Untuk Menguatkan Kasih Sayang Anda & Pasangan

Tahukah anda, anak-anak sangat sensitif dengan kualiti perhubungan anda suami-isteri? Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang sering bergolak dengan konflik di antara suami dan isteri berisiko tinggi untuk terjejas masa depan mereka. Anak-anak ini lebih mudah tergelincir ke dalam arus kehidupan yang kurang sihat – sama ada tersilap pilih kawan, mula menjinakkan diri dengan rokok, dadah dan alkohol.

Sesetengah ibu-bapa beranggapan, cukup sekadar menyediakan makan minum, tempat tinggal dan menyekolahkan anak-anak. Mungkin hantar tuisyen jika perlu, tetapi ini semua tidak semestinya memadai. Anak-anak boleh rasa dan boleh nampak sama ada ibu dan ayah saling kasih-mengasihi dan hormat-menghormati. Semakin kuat kasih sayang ibu dan bapa, semakin stabil emosi anak-anak, tidak kira berapa usia. Berikut adalah beberapa tips mudah yang anda boleh praktikkan untuk pasangan anda, demi memperkukuh kasih sayang suami-isteri. Setiap saat yang anda luangkan untuk memantapkan mahligai perkahwinan anda pasti tidak sia-sia.

  1. Mulakan setiap hari dengan memikirkan sesuatu yang baik tentang diri pasangan anda.
  2. Bangun dan tawarkan bantuan jika anda dapati si dia berjalan dengan barang yang penuh di tangan.
  3. Bukakan pintu untuknya apabila dia pulang.
  4. Pujilah penampilannya dengan ikhlas.
  5. Ambilkan bajunya dari kedai dobi.
  6. Letakkan botol minuman di sisinya ketika anda berdua memulakan perjalanan bersama.
  7. Sediakan tuala yang bersih untuknya.
  8. Sebutkan di hadapannya perihal kebaikan-kebaikan ibu bapa kandung atau sesiapa sahaja yang membesarkannya, yang anda tahu dia hormati dan kasihi.
  9. Urut kakinya.
  10. Belikan buah / makanan/ minuman kegemaran tanpa diminta.
  11. Atur temujanji istimewa dengannya tanpa memberitahunya terlebih dahulu (“surprise dating”).

Selamat Mencuba!

~~~

[Petikan dari “100 Kebaikan Yang Boleh Meningkatkan Tabung Cinta Anda” dari buku “Ajaibnya Kebaikan” hasil nukilan Jamilah Samian.]

SKIP
Imej oleh 460273 dari Pixabay

 

 

About Jamilah Samian

Jamilah has written 496 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top