Mutiara Kata Hari Ini

Mutiara Kata Hari Ini [3]

oleh Jamilah Samian

 

Photo by Leon Moreno Manuel on Flickr

 

Pilih sikap berlapang dada jika anak lelaki anda berbeza daripada anak perempuan. Anak perempuan mungkin sebaya tetapi tidak semestinya membesar pada tahap yang sama seperti anak lelaki. Pada umur yang sama, deria pendengaran anak perempuan lazimnya lebih tajam berbanding anak lelaki. ”Kepintaran ruang” (”spatial intelligence”) anak lelaki pula lazimnya lebih cepat berkembang berbanding anak perempuan. Umpamanya, anak lelaki lebih mudah memahami peta dan mengenalpasti bangunan pada usia yang lebih muda. Bagaimanapun, semua ini hanyalah satu kelaziman; setiap anak membesar mengikut caranya yang tersendiri.

About Jamilah Samian

Jamilah has written 544 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top