Announcements

One-on-One Coaching Session

 

by: Jamilah Samian

 

Soalan terakhir yang diajukan kepada saya semasa forum ‘Wanita Berkaliber’ di Konvensyen Bidadari Ahad lalu ialah: Cabaran tersebar dari segi kerjaya dan hidup. Bagaimana untuk ‘move forward’? Lebih 2000 wanita menghadiri sessi ini. Saya kongsikan:

Maksud Surah At-Tinn ayat 4:

“Verily, We created man of the best stature(mould).”
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.”

Ayat ini membuktikan bahawa setiap insan, tak kira lelaki mahupun wanita, berpotensi untuk jadi lelaki dan wanita hebat dan berkaliber.

Maksud Surah Yusuf ayat 5:

“Surely Satan is a clear enemy to mankind.”
“Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.”

Syaitan matlamat hidupnya hanya satu: menyesatkan dan melekakan kita. Impian Syaitan nak menggagalkan manusia dunia akhirat. Salah satu cara ialah dengan membisikkan pada kita, bahawa kita lemah, tak ada potensi, tak berkeyakinan, tak boleh berjaya … Sedangkan Allah nyatakan yang sebaliknya. Yang mana satu kita nak dengar dan ikut: Allah atau syaitan?

Ramai yang menyatakan relevannya topik ini, membuat saya terpanggil untuk memulakan one-on-one coaching session.

Fokus: Personal & Professional Excellence
Lokasi: Cool Mum Super Dad Academy [Ampang] Tarikh & Masa: Isnin – Khamis petang [by appointment only]

Ini adalah sessi personal, one-on-one, latar belakang dan segala maklumat yang dikongsi adalah RAHSIA. I will use my personal and professional experiences to help you ‘move forward’ in life, personally and professionally. Boleh PM saya untuk buat appointment. Terima kasih.

About Jamilah Samian

Jamilah has written 534 articles.

Jamilah Samian is an author and speaker.

Discuss your thoughts below!

comments.

[banner group='ads-300x300']
To Top